Gunung Tambora
Gunung Tambora

Gunung Tambora

Gunung Tambora (atau Tomboro) ialah sebuah stratovolkano aktif yang terletak di pulau Sumbawa, Indonesia. Gunung ini terletak di dua kabupaten, iaitu Kabupaten Dompu (sebahagian kaki sisi selatan ke barat laut, dan Kabupaten Bima (bahagian lereng sisi selatan hingga barat laut, dan kaki hingga puncak sisi timur hingga utara), Wilayah Nusa Tenggara Barat, tepatnya pada 8°15' LS dan 118° BT. Gunung ini terletak di sisi utara dan selatan kerak lautan. Tambora terbentuk oleh zon benam di bawahnya. Ini meningkatkan ketinggian Tambora sehingga 4,300 m[4] yang menjadikan gunung ini pernah menjadi salah satu puncak tertinggi di Nusantara dan mengeringkan ruang magma besar di dalam gunung ini. Ia memerlukan waktu seabad untuk mengisi kembali ruang magma tersebut.Aktiviti gunung berapi ini mencapai puncaknya pada April 1815 ketika meletus dalam skala tujuh pada Indeks Letupan Gunung Berapi.[5] Letusan tersebut menjadi yang terbesar sejak letusan Tasik Taupo pada tahun 181.[6] Letusan gunung ini terdengar hingga pulau Sumatera (lebih dari 2,000 km). Abu gunung berapi jatuh di Kalimantan, Sulawesi, Jawa dan Maluku. Letusan gunung ini menyebabkan kematian hingga tidak kurang dari 71,000 orang dengan 11,000—12,000 di antaranya terbunuh secara langsung akibat letusan tersebut.[6] Bahkan beberapa penyelidik menganggarkan seramai 92,000 orang terbunuh, tetapi angka ini diragui kerana berdasarkan atas perkiraan yang terlalu tinggi.[7] Lebih dari itu, letusan gunung ini menyebabkan perubahan iklim dunia. Setahun berikutnya (1816) sering disebut sebagai Tahun tanpa musim panas kerana perubahan drastik cuaca Amerika Utara dan Eropah akibat debu yang dihasilkan dari letusan Tambora. Disebabkan perubahan iklim yang drastik ini banyak tuaian yang gagal dan kematian haiwan ternakan di Hemisfera Utara yang menyebabkan kebuluran terburuk pada abad ke-19.[6]Dalam penggalian arkeologi pada 2004, pasukan arkeologi menemui sisa kebudayaan yang terkubur oleh letusan tahun 1815 di kedalaman 3 meter pada endapan piroklastik.[8] Artifak-artifak tersebut ditemui pada kedudukan yang sama ketika terjadi letusan 1815. Kerana ciri-ciri yang serupa inilah, penemuan tersebut sering disebut sebagai Pompeii dari timur.

Rujukan

WikiPedia: Gunung Tambora http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000080&si... http://www.iht.com/articles/2006/03/01/healthscien... http://news.nationalgeographic.com/news/2006/02/02... http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=11008 http://www.worldislandinfo.com/POPULATV2.htm http://www.zollinger-genealogy.com/FamousZollinger... http://e-publishing.library.cornell.edu:80/Dienst/... http://volcano.und.nodak.edu/vwdocs/volc_images/so... http://www.volcano.si.edu/world/largeeruptions.cfm http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0...